Total Pageviews

Saturday, 30 July 2011

*puasa*

 Wahh, puasa dah dekat ni! 

suka suka suka. :)
erm, aku kan ske tulis entry berkilometer panjangnyer.. heheehe
tapi yg bestnyer, for today aku nak tulis sikit je.

selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

doaku: semoga  Ramadhan kali ini membawa seribu pengertian dalam hidup semua manusia yg berdampingan dengan ku dan anda pembaca blogku. :)

Saturday, 23 July 2011

simple but think

act simplest as u can.

   
 Ada kaitan ke ngan pic ni?
nope. *akuletaksuka2je*     
  
Beberapa hari ni (nak dkat 2 miggu pom) ak bnyak baca buku. buku tu la. buku ni la. *dahrindugiler2kot*
fesbuk pom jemu giler nak bukak. *arinistatbukakbalik* (60 noti..). aiyooo..

 okeh. back to main.. ha! mesti ker kita ni bersikap complicated nak mampos dalam hal2 kita (mostly probs)? hahaha tu masalah kita, ko. aku. belum lg yg bermurah hati memikirkan hal2 org lain... aduihh... sesak ni gue! yela. member ak ramai kot yg pkir camtu.
k fine. ak boleh time org tu camtu as setiap org ni berbeza n UNIK, but klu dah ssah2 pikir pasal nak menjatuhkan org tu, org ni, keje part time mengumpat sana sini, wat kerja tetap menfitnah entah hapehape. ape kes??
whoa3! klu ak bg fact bg org2 ini, fuh! kalah teknologi skg.
menyebar fitnah lagi laju dr kepantasan internet nak sebarkan maklumat terkini (tak kisah la pakai broadband or wat else..) amacam? ade berani nak bantah? 
okeh okeh okeh. ak tader intention pom nak citer pasal pemfitnah ni, ak lebih berminat kat org yg kena ngumpat plus yg kne fitnah ni. ha! time ni la u all mesti acts simplest as u can.

yes. ak boleh kasi sikit punyer tips or tindakan la klu u all kne ngumpat or fitnah.

 1# wat tatau je. dah bukan betol, wat hape nak kisah. *klu betol tu pandai2 la nak ubah diri sendiri.
 2# anggap je "mereka2" ni tatau nak mengajak org ke arah kebaikan. and lagi teruk dari u all.yela, ape kes     citer2 kat org lain. perlu ke. (klu mereka2 ni  baik n btol2 nak u brubah, diorag patut jumpa u face 2 face n ajak u secara baik utk berubah. ak tak nampak pom kebaikan dgn bercerita keburukan u all kat org lain. ader u all boleh berubah ke dgan cara begitu? )
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]
oookeehh.. so "mereka2" pakai lidah sebar2 kat org lain den boleh ubah org ketiga tu jadi makin baik la? *baikpunyerhipotesis* apela
3# bersabar la. tak perlu la u all fikir banyak sgt pasal org yg benci kat u. (mostly org yg fitnah u tu benci kat u.) tak terfikir ke, klu u bersabar dgan org yg bnyak kerenah dapat meningkatkan keyakinan diri u all.

     "bukanlah dikatakan gagah itu orang yg kuat bergusti. akan tetapi yg dikatakan gagah itu org yg dapat memiliki yakni mengawal dirinya ketika marah" (muttafaq 'alaih)

 yesss!
    

Saturday, 9 July 2011

EdisiSabtu: SABAR

Sabarlah. Sabarlah. Sabarlah. (hehehe ganti jela ngan senyum.)

Seruan sabar ni biasa didengar dari parents kita rite? (klu diperhalus la.)

Nope. Ak wat entry ni bkan nak cakap ak ni sabar sangat,
But  ak rasa it’s better to write something  yg ak rasa ak sgt terkesan dgn sifat sabar ni sejak kebelakangan ni.
Setelah  mengharungi bnyak perkara dalam hidup ak dari kecik sampai besar, ak berfikir, dan akhirnya ak menyedari sifat ni membawa seribu satu makna sepanjang ak hidup..

Selalu org menyesal kerana tidak bersabar.
tapi sangat jarang org yg menyesal kerana bersabar.

Yes. U betul klu cakap sabar mempunyai batas2 tertentu.
But u mesti terima hakikat yg pemikiran manusia itu berbeza.
Ak bersama pemikiran lain menyatakan sabar itu sendiri member makna yg misteri dan tersembunyi.

Bagi pemerhatian dan pengalaman ak sendiri;
Sifat sabar yg diperaktikkan akan menghasilkan manusia seperti ini:

*Berfikir.
Whoa! Sabar boleh buat anda berfikir la. Hahaha menakjubkan kan.ak pom baru perasan menda ni dalam hidup ak. Klu ak tak sabar, terburu2, agak2 boleh ke ak berfikir dengan daya seratus peratus? Tindakan ak  selepas itu mmg bergantung sepenuhnya  la dengan keputusan selepas ak berfikir. Okeh, sebagai contoh, bila u tak sabar la, akan timbul la bermacam2 hal seperti membunuh dan seangkatan dengannya(nauzubillah). Mana tak nya, timpa je musibah, terus je menyalahkan org sekeliling. Bergaduh je, ambik je pekakas2 yg tak sepatutnya untuk menumpaskan lawan. (ambik keputusan bergaduh pom tidak sabar rite? Cz u dah dipengaruhi marah dahulu bukannya berfikir dahulu)

*Tenang.
 Asasnya sabar bukan?
Bnyak indicator utk mengukur ketenangan, but  tanda plg ringkas ketenangan adalah dapat berfikir dulu sebelum marah. Pernah lakukannya? Hahaha biasanya org sebegini mengakhiri pemikirannya dengan tidak mengambil keputusannya utk marah. (tak sempat nak marah kut.) erm.. ak pom ssah nak ckp sebenarnya. Ekceli, klu dah praktikkan fikir dulu sebelum wat ape2 keputusan, den insyaAllah dapat la ketenangannya. (of coz la ketenangan abadi dtgnya dari Allah. Berdoalah untuk mendapatkannya  =))



*Positif.
Ohoho. Sifat ni takkan dating bergolek tau.
Kalau u sakit la, bkan mudah untuk anda mengatakan “ada hikmah disebalik sakit ni” . nak senang citer, buat je fikir +tenang tu dulu, positif tu dating kemudian. Positif ni ada kat sesiapa je, Cuma nak activekan butang positif tu je yg kebanyakkannya sangat2 la susah.
“ko yg tak menanggung boleh la cakap positif itu ini, yg menanggungnya bukan ko”.
“yela, bkan kena  kat batang idung sendiri kan? Senang la bercakap.”

Erk. Biasanya klu ayatnya sebegitu, ak biasanya diam lepas tu.
Tuhan saje yg tau bertapa berapinya bila ak dgar ayt tu.
‘mereka2 ‘ ni mmg bukan sahaja memblok kepositifan mereka malah cuba menghilangkan kepositifan ak sekali.

Meh sini nak cakap. klu ak ada masalah, PERLU ke ak wat statement yg ak ade masalah?. Aku ada bermacam konflik, dilema la dan semacam2 menda pahit la dalam hidup ni. Tapi alhamdulillah, ak masih lagi hidup dengan siap menulis blog bagai..

Camni la yer. Cuba u igt menda2 pahit yg pernah dilalui,(tahun2 yg lepas mayb) mesti u rasa hidup ni mmg adil dan manis. Allah maha mengetahui segala tiap sesuatu. Percaya saje yg tuhan maha adil dan akan ader hikmah yg maha tidak diketahui selepas setiap kejadian tu telah pom membuatkan anda POSITIF.

 ~
parents
biasanya tak kasi anak mereka kerja masa cuti sem. (cam ak je.. hehehe) 
nak tau knapa? sbb mereka sayang korg! :) 
Bukan mereka mengongkong atau bimbang kat korg, tapi mereka mahu meluangkan masa bersama korg sepanjang cuti kerana mereka tahu anda akan meninggalkan mereka dalam jangka waktu yg lama selepas cuti ni; walaopun anda kat umah asyik on9 fesbuk+ movie+tido bla..bla..
      sweet kan? ni la hikmah disebalik...


                                                      saya sayang kamu juga. :)
Doaku: jadikanlah ak anak yg solehah, dan menyempurnakan cita2ku yg merupakan cita2mu juga. 

Friday, 8 July 2011

septic shock membawa bersama kenikmatannya.

*WADUH2.. bisa nggak septic shock nya tak ada?
   ak ni biasa2nya tak pernah kena demam panas ni.

 Well.. Dengan kuasa Allah, diketemukan juga aku dengan musibah ni. yela. selalu sekejap2 ak kne selesema aje, sekali kena demam panas....
WHOA! lintang pukang kut idup. sume jenis koolfever dah tamau lekat kat dahi ak ni.

   hurm ~ 4 those yg tatau, septic shock ni cam kerjasama interleukin( a regulatory molecule) dari macrophages dengan pyrogen (dr invading bac).
thermostat kat otak ak pulak sempat detect menda alah tu n direct je naikkan suhu badan ak ni. (nak attack microbes efficienttly plus divert da energy 4 defense).

agak aa, nak mamposkan pathogen sekalipom, ak yg takpernah kne kejutan spesel ni, patut2nya bg la sign dlu kutt..
TAPI,,
selepas tu ak tetiba nangis. semahu mahunya ak nangis. yela. campur sekali ak dah lama tak nangis kan..
opps! sambung balik citer td. ha, ak stat nangis cz ak bru terpikir yg septic shock ni pekena ak tanpa warning pom, sementela MATI.
yup. MATI yg membuatkan ak nangis. ak sedar yg ak takut MATI. walhal ak tak sepatutnya takut apa2 pom melainkan Allah.
 Pda masa tu baru ak terpikir klu septic shock ni bawa maut kat ak, cukup ke amal ak selama ak idup ni? ibadat ak camana?sembahyang ak sempurna tak? Allah terima ke tak?macam2 ak pikir.

lama ak menangis.

ak berhenti nangis time suara ak dah tak terkeluar campur hingus yg tak pandai nk cover, dan mata yg bengkak tiga kali ganda.
Alhamdulillah.dalam sendu2 tu, ak sempat bersyukur diketemukan dgn demam panas ni.

sakit yg membawa kesedaran. itu saje motif utama dikurniakan sakit.
aku bertekad yg selepas ini apa sahaja musibah atau kesakitan yg melanda akan kutukarkan menjadi kenikmatan. nikmat yg menemukan kita ke jalan pulang. Itulah raja segala nikmat.

"Adapun sakit itu sgt menyakitkan, ianya akan menjadi tonik terbaik untuk org2 yg memikirkan akan kekuasaan Allah disebaliknya"



                                      sihat sebelum sakit

Doaku: sihat ak kerana Allah dan sakit aku juga kerana Allah.

  

Saturday, 2 July 2011

EdisiSabtu: PERCAYA

     Percaya.percaya dan percaya.

Manusia yang percaya mmg ramai tapi manusia yang percaya kepada percaya tu skit je.

Okeh. Percaya memberi makna anda percaya terhadap sesuatu, but percaya kepada percaya terhadap Sesuatu itu adalah sikap atau level percaya  yg tertinggi (100%) diletakkan ke atas sesuatu kepercayaan.

Sebagai contoh, Percaya kepada Allah.
Semua org yg beragama islam beriman dengan percaya kepada Allah.  Percaya kepada Allah meliputi bnyak perkara, tapi terdapat level yg diletakkan dalam kepercayaan itu. (klu x,  tader nyer umat Islam yg melakukan kemungkaran mahupun mengamalkan kebaikan).

Allah menciptakan manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yg dia percaya.
kepercayaan pula letaknya di dalam jiwa.
*Percaya di dalam (jiwa dan akal), insyaAllah amal dan kerja akan menyusul di luar.*

“There is nothing either good or bad, but thinking makes it so.”

Erk. Ayat diatas bkan saje2 diBOLDkan. There must be somthim. think about it!

perkara yg buruk boleh menjadi baik. Perkara baik boleh jadi buruk. Itulah hebatnya pemikiran. Hanya dengan berfikir, boleh menukarkan perkara2 yg dirasakan sgt mustahil utk ditukar kepada kebaikan mahupun keburukan.

manusia ni makhluk inside-out.
*yg rosak nyer, manusia ske berniat outside-in.

*I believe! :)
Doa: semoga edisi sabtu ni kekal smpai hujung nyawa. enjoy!